Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 27 Januari 2023


Bengkel TikTok Shop

21 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2023, Jumaat PEDi Gunung Hilir dengan kerjasama Rakan Digital telah mengadakan Bengkel TikTok Shop kepada usahawan tempatan. Bengkel yang berlangsung selama 2 jam dimulakan dengan sesi pengenalan PEDi dan sual kenal bersama peserta serta Taklimat Klik Dengan Bijak sebelum sesi bermula.......baca seterusnya





Kelas Asas Shopee Sesi II

11 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2022, Sabtu petugas PEDi telah mengadakan kelas shopee secara personal kepada seorang peserta ibu tunggal. Puan Siti Suzilawati merupakan antara peserta yang bersemangat tinggi untuk mendalami ilmu pengetahuan dan menjana pendapatan melalui platform e-dagang.......baca seterusnya



Kursus Latihan Kerja Berpasukan Kedah & Perlis

1 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 30 November 2022, Rabu telah diadakan Kursus Latihan Kerja Berpasukan yang melibatkan pengurus dan penolong pengurus Kedah dan Perlis (Maxis), Sprintz Designs. Ia diadakan melalui Microsoft Team atau atas talian melibatkan 8 PEDi bermula jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dibimbing oleh Puan Cantiynia anak Ringos.......baca seterusnya





Kelas Asas Shopee

9 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2022, Selasa petugas PEDi telah mengadakan kelas shopee secara personal kepada seorang peserta wanita. Tujuan ia diadakan bagi meneruskan program untuk menjana pendapatan melalui platform e-dagang kepada komuniti setempat.......baca seterusnya



Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) di SK Gerigis

27 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2022, Rabu jam 11.00 pagi telah diadakan Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) kepada pelajar sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Gerigis. Ia adalah program Sempena Program Kempen Kesedaran Kanak-Kanak Bertemakan 'Sentuhan & Keselamatan Kanak-Kanak' dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, PDRM.......baca seterusnya



Ceramah Dan Demonstrasi Alat Pemadam Api

15 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Oktober 2022, Jumaat jam 3.00 petang telah berlangsung Ceramah Dan Demonstrasi Alat Pemadam Api dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar oleh Encik Hussain. Program yang berlangsung melibatkan Kluster Kota Setar & Kluster Kubang Pasu (Maxis) iaitu petugas PEDi serta Rakan Digital.......baca seterusnya



Sambutan Hari Malaysia PEDi Gunung Hilir

25 September 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Gunung Hilir (Maxis) telah menganjurkan Sambutan Hari Malaysia sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang melibatkan komuniti setempat. Program ini juga adalah kerjasama dari Pusat Ekonomi Digital -PEDi Napoh.......baca seterusnya



Program Memperkasakan PEDi (MCMC)

29 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

MCMC negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah menganjurkan Program Memperkasakan PEDi yang akan melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi wilayah utara.......baca seterusnya



Taklimat MyFutureJobs dan Insentif SIP (PERKESO)

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2022, Ahad telah berlangsungnya program Kluster Kota Setar bersama pihak PERKESO Kedah. Tujuannya adalah melibatkan perbincangan bersama dalam usaha untuk memberikan manfaat kepada pencari kerja terutamanya komuniti yang menggunakan kemudahan di PEDi.......baca seterusnya



Siri Webinar PUPUK@SPPP Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia

14 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2022, Rabu telah berlangsungnya Siri Webinar PUPUK@SPPP Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian menggunakan platform Micrososft Teams melibatkan seluruh penyelia PEDi secara terbuka. Ia merupakan program wajib kepada penyelia PEDi dan Rakan Digital.......baca seterusnya



PUPUK@Shopee 2022

26 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2022, MCMC dengan kerjasama daripada pihak Shopee telah menganjurkan Webinar PUPUK@Shopee 2022 kursusnya kepada para petugas PEDi dan Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital . Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara untuk mempromosikan perniagaan di dalam platform Shopee secara meluas. Kelas ini berlangsung secara dua sesi dengan menggunakan pautan webinar Shopee yang bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Webinar ini disampaikan oleh tenaga pengajar dari pihak Shopee dan juga Shopee Expert Ira Aziz.......baca seterusnya



Kelas Asas ICT

8 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Sempena cuti penggal persekolahan yang lepas, seramai tiga orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai kelas asas ICT (Ms Word) yang bertempat di PEDi Gunung Hilir. Kelas asas ICT yang berlangsung selama tiga hari ini telah memberi kesan positif kepada peserta-peserta di mana dapat membantu mereka untuk menggunakan ICT di dalam kehidupan seharian mereka.......baca seterusnya





Booth PEDi Gunung Hilir Sempena Jamuan Hari Raya

23 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2022, Sabtu PEDi Gunung Hilir dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) , KOSPEN dan Masjid Nurul Iman telah terlibat membuka Booth PEDi kepada komuniti dengan menganjurkan beberapa aktiviti yang bermanfaat. Setelah dua tahun pandemik, kini aktiviti bersama komuniti telah diadakan dengan cukup meriah. Antara aktiviti yang diadakan adalah.......baca seterusnya



Siri Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC di PEDi

20 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2022, Khamis telah berlangsung Siri Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC di PEDi secara webinar melibatkan penyelia PEDi secara terbuka. Ia merupakan program wajib kepada penyelia PEDi dan Rakan Digital bagi memberi pendedahan halatuju program MDEC kursus kepada golongan usahawan. Banyak organisasi yang akan turut........baca seterusnya



Lawatan Kerja Pengerusi MCMC ke PEDi Gunung Hilir

24 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2022, PEDi Gunung Hilir telah menerima kunjungan kali pertama oleh YBhg Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi MCMC diiringi oleh Dato Ali Hanafiah bagi mengetahui fungsi dan program sepanjang tempoh PEDi beroperasi termasuk kisah kejayaan usahawan yang terpilih.........baca seterusnya



Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri I

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April dan 16 April 2022, telah berlangsung Kursus Latihan Pengendali Makanan dengan kerjasama NZ Bunga Venture bersama Pusat Ekonomi Digital –PEDi seluruh negeri secara atas talian.........baca seterusnya



Kursus Asas Animasi Pengiklanan – Yes Academy

5 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2022, Jumaat telah berlangsung Kursus Asas Animasi Pengiklanan secara webinar melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Kedah dan Perlis (Maxis) Sprintz Designs. Ia merupakan kursus wajib bagi melengkapkan modul latihan sebagai tenaga pengajar dari Yes Academy, Tuan Ariffudin Osman........baca seterusnya



Pendaftaran eRezeki Bersama Komuniti Siri II

19 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2022, merupakan sesi terakhir bulan Februari bagi pendaftaran eRezeki bersama komuniti yang melibatkan beberapa orang komuniti setempat. Seramai 12 peserta terlibat bagi menjayakan program tersebut di PEDi Gunung Hilir. Seperti sebelum ini, para peserta yang terlibat perlu melengkapkan empat modul wajib dan satu modul elektif bagi melayakkan mereka berjaya mendaftar dalam platform eRezeki........baca seterusnya



Notis Pemberitahuan

28 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

WIFI Komuniti(WK2)Kampung Gelung Air dalam proses penyelengaraan. Maklimat lanjut sila rujuk rajah dibawah........baca seterusnya



Pendaftaran eRezeki Bersama Komuniti

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2022, Jumaat telah diadakan pendaftaran eRezeki yang melibatkan beberapa orang pelajar dan komuniti setempat yang berumur dalam lingkungan 20-an. Mewakili pihak MDEC, ia dikendalikan oleh pengurus PEDi Gunung Hilir tentang perlaksanaan program tersebut. Para peserta yang terlibat perlu melengkapkan empat modul bagi melayakkan mereka berjaya mendaftar dalam platform eRezeki........baca seterusnya



Kursus Mobile Apps Development for Beginners (Android)

15 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2021, Selasa telah diadakan kursus Mobile Apps Development for Beginners (Android) melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Kedah dan Perlis (Maxis) Sprintz Designs iaitu kursus wajib bagi melengkapkan modul latihan oleh tenaga pengajar dari Yes Academy, Tuan Ariffudin Osman........baca seterusnya





Kursus Sales & Marketing Yes Academy

30 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2021 hingga 3 December 2021 masa 9.00 pagi hingga 5.00 petang seramai 173 usahawan dan petugas dari setiap PEDi terlibat dengan program Kursus Sales & Marketing Fundamentals & Strategy Course Creating a Self-Employer, anjuran Yes Academy secara webinar........baca seterusnya



Kursus eRezeki Rangers

25 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2021, masa 10.00 pagi hingga 1.00 petang seramai 99 peserta PEDi terlibat dengan program Kursus eRezeki Rangers, anjuran MDEC secara webinar. Encik Haziq Hissham merupakan Jurulatih eRezeki Rangers telah berkongsi pelbagai maklumat yang berkaitan dan bermanfaat seperti berikut........baca seterusnya



Digital Competency Score 2021

3 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2021, seorang pelajar iaitu adik Nur Bahiyah Binti Jaafar berumur 12 tahun telah menyertai ujian Digital Competency Score menerusi pautan website yang diberi oleh guru sekolah........baca seterusnya



Misi Jelajah Digital Maxis eKelas

2 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Oktober 2021, seorang pelajar iaitu Muhammad Bin Abdullah berumur 15 tahun telah menyertai Misi Jelajah Digital yang dianjurkan oleh pihak Maxis eKelas. Misi tersebut juga melibatkan permainan yang dipanggil Roblox. Peserta perlu menyelesaikan misi tersebut dengan memahami setiap modul yang telah di muat naik dalam portal Maxis eKelas........baca seterusnya



Penamatan Rangkaian 3G

5 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Tahukah anda penamatan Rangkaian 3G akan ditamatkan pada akhir tahun 2021? Anda tidak perlu risau, pemberitahuan mengenai tamatkannya rangkaian 3G akan dimaklumkan oleh syarikat telekomunikasi sebelum 31 Disember 2021. Liputan 4G akan diperluaskan bagi memberi kelajuan yang lebih tinggi. VoLTE bermaksud Voice over LTE......... baca seterusnya



Taklimat Pemasaran Digital Bersama Giat Mara

13 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2021, Ahad sebanyak 5 buah Pusat Internet Komuniti Kota Setar dan Kubang Pasu (Maxis) dengan kerjasama Giat Mara Alor Setar dan Kuala Kedah telah mengadakan program keusahawanan melibatkan beberapa topik berkaitan bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Pusat Internet Komuniti yang terlibat adalah Gunung Hilir, Jerlun, Napoh, Pokok Sena dan Kodiang........baca seterusnya



Kursus Smartphone Video: Learn to Produce Professional Mobile Video

12 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2021, telah berlangsungnya Kursus Smartphone Video: Learn to Produce Professional Mobile Video yang dikendalikan oleh YES Academy dengan penglibatan petugas Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti sekitar Perlis dan Kedah. Kursus ini berlangsung secara atas talian dengan menggunakan platform online iaitu Microsoft Team........baca seterusnya



Webinar PUPUK @ Shopee

15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos dan 14 Ogos 2021, MCMC dengan kerjasama daripada pihak Shopee telah menganjurkan Webinar Pupuk@Shopee kursusnya kepada para usahawan yang dibawah seliaan Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara untuk mempromosikan perniagaan di dalam platform Shopee secara meluas. Kelas ini berlangsung secara dua sesi dengan menggunakan pautan webinar Shopee yang bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari........baca seterusnya



Pengenalan dan Fungsi PIK Gunung Hilir (Facebook Live)

10 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2021, petugas Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir telah mengadakan sesi Pengenalan dan Fungsi PIK Gunung Hilir secara atas talian di facebook bagi mempromosi kepada komuniti tentang perkhidmatan yang disediakan. Sesi yang berlangsung berdurasi 35 minit dengan menggunakan platform StreamYard bermula pada jam 4.00petang........baca seterusnya



Aktiviti Santai @Facebook PKP 3.0

25 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Sepanjang PKP 3.0, staf Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir telah mengatur beberapa aktiviti melalui media sosial iaitu facebook page mengenai kuiz, puzzle KDB dan teka silang kata KDB melibatkan penyertaan peserta ahli PIK........baca seterusnya



Temuramah Kajian MCMC 2021

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) akan menjalankan beberapa kajian bagi tujuan pengumpulan data berkaitan akses dan penggunaan telefon bimbit, e-dagang, kualiti pengalaman jalur lebar dan kadar kepuasan pengguna........baca seterusnya



Notis Arahan PKPD Daerah Kota Setar, Pik Gunung Hilir (19 Mei - 1 Jun 2021)

18 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk makluman, PIK Gunung Hilir (daerah Kota Setar) telah mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi perlaksanaan PKPD di daerah Kota Setar yang melibatkan 28 Mukim yang bermula pada 19 Mei 2021 hingga 1 Jun 2021. Justeru itu saya mengambil maklum atas arahan daripada pihak SD bagi perlaksanaan tersebut........baca seterusnya



Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)

2 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Mac 2021 hingga 1 April 2021, telah berlangsung Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) oleh Penyelia KAFA Mohd Saiful Amar Bin Hashim. Seramai 71 orang guru KAFA Daerah Kota Setar telah melibatkan diri dalam bengkel SIMPENI ini. Sebanyak 8 sesi telah dijalankan dan setiap sesi melibatkan 10........baca seterusnya





Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam

6 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir sentiasa menggunakan perkhidmatan disini untuk pelbagai urusan terutamanya melibatkan peperiksaan secara atas talian. Pengunjung yang mengunjungi adalah daripada kalangan belia dan wanita hadir untuk menjawab peperiksaan dengan selesa dan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa sebarang gangguan.........baca seterusnya



Taklimat KDB : Internet di Hujung Jari

22 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Pokok Sena telah membuat taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) secara atas talian melalui streamyard di facebook page. Penerangan selama 40 minit tentang apa itu Klik Dengan Bijak (KDB), dan huraian tentang kebaikan dan keburukan internet telah dibentangkan melalui facebook page.........baca seterusnya



Kelas PdPR

26 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Bermula 25 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir telahpun memberi perkhidmatan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di pusat internet komuniti. Kelas diadakan seawal 8.10 pagi hingga 1.00 petang mengikut jadual PdPR, diikuti dengan sesi sebelah petang iaitu kelas KAFA.........baca seterusnya



Bengkel Shopee (Sesi Disember)

5 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember yang lalu, Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir telahpun menganjurkan Bengkel Shopee dan mendapat sambutan daripada komuniti setempat. Bengkel ini diadakan dengan mengikut SOP yang ditetapkan dalam sekala yang kecil. Majoriti peserta yang mengikuti kursus ini mempunyai produk untuk dijual........baca seterusnya





E-Kelas Live Tutorial Matematik PT3

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2020, Pusat Internet Gunung Hilir dapat meneruskan sesi Live Tutorial bagi bulan Oktober tahun ini yang diadakan khas buat para pelajar UPSR & PT3. Sesi tersebut telah diadakan secara live di Pusat Internet Gunung Hilir dan juga menerusi platform YouTube. Oleh itu, para pelajar yang tidak dapat hadir ke Pusat Internet boleh menyertai sesi Live Tutorial........baca seterusnya



pembukaan semula PI

12 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet telah di buka semula pada 9 Oktober selepas pihak pengurusan membuat pembersihan dan sanitasi. Kepada para pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan PI boleh menghubungi pengurus/Penolong Pengurus untuk maklumat lanjut. Pastikan sentiasa mematuhi SOP semasa menggunakan perkihmatan di PI.



Gelombang Kedua Covid 19: Penutupan Sementara PI

10 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet akan di tutup sementara waktu di sebabkan oleh gelombang kedua wabak Covid 19. Keputusan ini adalah sejajar dengan Perintah Kawalan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Tarikh pembukaan semula Pusat Internet akan di maklumkan kelak. Bersama kita membendung wabak Covid 19.........baca seterusnya



Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020, telah berlangsung Bengkel MIV bersama Komuniti 2020, yang diadakan secara atas talian secara langsung bersama-sama pihak MCMC dan Pusat Internet seluruh Malaysia dengan penglibatan peserta 3 hingga 4 orang setiap cawangan. Tujuannya adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi kepada kesemua peserta.........baca seterusnya



Bengkel Shopee

23 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos yang lalu, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Bengkel Shopee kepada komuniti setempat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia diadakan dengan kerjasama antara Pusat Internet Gunung Hilir dan Pusat Internet Napoh. Majoriti peserta yang mengikuti kursus ini telah pun mempunyai produk mereka tersendiri.......baca seterusnya



Kelas ICT Norma Baru

26 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT dengan norma baru kini diteruskan selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada bulan 10 Jun 2020. Pusat Internet Gunung Hilir meneruskan aktiviti kelas ICT bersama pelajar sekolah rendah berumur 10 tahun hingga 12 tahun bagi membimbing pelajar mahir dalam ICT mengikut SOP yang dibenarkan......baca seterusnya







Penyampaian Hadiah Pelajar eKelas

13 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2020, telah berlangsung penyampaian hadiah pemenang eKelas kepada Muhammad Bin Abdullah. Ia sekaligus dapat memberi inspirasi kepada pelajar eKelas yang lain untuk berusaha dan menyertai tuisyen eKelas dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Adik Muhammad Bin Abdullah adalah pelajar Maahad Dini Sultan Abdul Halim......baca seterusnya



Taklimat KDB GiatMara Pokok Sena

6 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2020, jam 2.00 petang hingga 4.00 petang telah berlangsung Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) di Pusat GiatMara Pokok Sena. Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya buli siber dan oversharing kepada pelajar tentang bagaimana untuk mengatasi dan berhadapan dengan situasi berkenaan supaya dapat dielakkan menjadi mangsa.......baca seterusnya



Bengkel Shopee

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Gunung Hilir dengan kerjasama Pusat Internet Napoh dan Jerlun, telah menganjurkan Bengkel Shopee kursus kepada komuniti yang ingin memasarkan produk didalam platform Shopee. Bengkel ini memberi pengenalan tentang cara peggunaan aplikasi Shopee bermula dengan cara pembukaan akaun, pendaftaran dan cara untuk memuatnaik produk.......baca seterusnya



Bengkel Bunga Pudak

2 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari yang lalu, Pusat Internet Gunung Hilir telah menganjurkan Bengkel Bunga Pudak bersama komuniti setempat yang terdiri daripada usahawan wanita. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran membuat kuih tradisional yang kurang diwarisi oleh golongan muda........baca seterusnya



Kelas ICT Microsoft Office

14 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Sesi pembelajaran Kelas ICT pada sesi awal tahun ini telah mendapat sambutan dan permintaan ramai oleh para ibu bapa mahupun pelajar itu sendiri. Hal ini kerana, ramai para ibu bapa.......baca seterusnya







TOT Personal Data Protection Act 2010 (PDPA)

30 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Kursus Personal Data Protection telah berlangsung pada 29 Oktober yang lalu bertempat di Pusat Internet Gunung Hilir. Kursus ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Kursus ini berkaitan Kempen Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mazmalek.........baca seterusnya







Bengkel Kek Brownies

21 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September yang lalu, Pusat Internet Gunung Hilir telah menganjurkan Bengkel Kek Brownies bersama komuniti setempat yang terdiri daripada golongan belia dan wanita.......baca seterusnya



Kelas ICT dan Multimedia Cuti Sekolah

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Cuti sekolah pertengahan tahun kali ini, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Kelas ICT dan Multimedia kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Kelas tersebut diadakan pada hari Jumaat.......baca seterusnya



Hari Terbuka Bersama Komuniti

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2019, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Hari Terbuka bersama komuniti sekitar Kampung Gunung Keriang. Ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh staf pusat internet. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan dan program anjuran PI Gunung Hilir kepada masyarakat setempat.......baca seterusnya







Misi Digital Raya Bersama eKelas

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tahun ini, pihak Maxis eKelas telah menganjurkan Misi Digital Raya bersama para pelajar eKelas. Sepanjang bulan Ramadan, setiap hari Sabtu bermula 11 Mei 2019, para pelajar eKelas dari tahun 6 ........baca seterusnya



Kelas Asas ICT Microsoft Office

11 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mei 2019, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar terdiri dari lingkungan umur 9 hingga 16 tahun.......baca seterusnya







Program eKelas Penggal 2 (5 April – 4 Mei 2019)

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Bermula pada hari Sabtu 6 April, pelajar akan menjalankan aktiviti eksperimen bagi matapelajaran Sains dan Matematik bersama cikgu-cikgu mereka. Aktiviti eksperimen adalah khas kepada Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5........baca seterusnya



Program eKelas Penggal 1 (17 Jan – 16 Mac 2019)

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Bermula tahun lepas, Pusat Internet Gunung Hilir telah menganjurkan kelas tambahan melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga 3 yang diberi nama eKelas dibawah tajaan MAXIS. Program ini bertujuan menggalakkan para pelajar belajar dan mengikuti kelas tambahan secara percuma anjuran Maxis yang di pantau oleh staf Pusat Internet........baca seterusnya





Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)

14 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel SIMPENI yang diadakan selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan dan penerangan kursus kepada Guru Kafa menggunakan sistem secara atas talian untuk mengisi data maklumat murid. Penyelaras, Encik Azizan Bin Abdul Rahman, Penyelia KAFA Kota Setar, telah memberi panduan kursus sepanjang sesi dijalankan.......baca seterusnya



Kelas Asas Video Pelajar PRA U

3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Setiap tahun Pusat Internet Gunung Hilir telah menganjurkan kelas multimedia melibatkan kelas video bagi menarik minat pelajar mahir dalam bidang tersebut. Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar mahir dalam komputer menggunakan software-software terkini yang membantu mereka menyunting video dalam menyiapkan tugasan sekaligus......baca seterusnya



Taklimat Pengenalan eKelas & Advokasi Tingkatan 1, SMKSG

4 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Januari 2019, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan taklimat pengenalan Portal eKelas dan Live Tutorial (Maxis) kepada pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong. Taklimat tersebut disampaikan bersempena dengan minggu orientasi pelajar Tingkatan 1 sekolah tersebut.......baca seterusnya



Bengkel Penjagaan Kulit Wajah

23 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2018, Bengkel Penjagaan Kulit Wajah telah diadakan, anjuran Unilever Network yang bekerjasama dengan pihak Pusat Internet Gunung Hilir. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan komuniti terutamanya golongan belia dan wanita menyertai program-program yang bermanfaat......baca seterusnya



Kelas Asas ICT Dewasa

2 December 2018 | Aktiviti Terkini

Bermula pada 3 November 2018, Pusat Internet telah mengadakan kelas asas ICT kepada golongan dewasa di sekitar Kampung Gunung Hilir. Kelas ini telah berjaya dijalankan selama 6 hari iaitu pada 3hb November, 9 hingga 10 November, 23 November dan 30 November hingga 1 Disember 2018........baca seterusnya





Holiday Camp Ekelas Maxis 2018

24 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 – 23 November 2018 telah diadakan Holiday Camp eKelas Maxis bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, KLCC dan Menara Maxis. Kem ini diadakan bagi meraikan para pelajar.......baca seterusnya







Program eRezeki Bersama Komuniti

8 September 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti yang berpendapatan rendah untuk mengikuti program eRezeki untuk menambah pendapatan sampingan. Beberapa platform disediakan dalam eRezeki.........baca seterusnya



Program EKelas Live Tutorial

6 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar belajar dan mengikuti kelas tambahan anjuran Maxis supaya tidak ketinggalan dalam mengikuti kelas tuisyen secara percuma .........baca seterusnya


Hari Terbuka Bersama Komuniti

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2018, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Hari Terbuka bersama komuniti sekitar Kampung Gunung Keriang. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan.........baca seterusnya


Program EKelas Live Tutorial / Penggal Ke 3

7 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar belajar dan mengikuti kelas tambahan anjuran Maxis supaya tidak ketinggalan dalam mengikuti kelas tuisyen secara percuma dengan beberapa aktiviti yang menarik.........baca seterusnya


Kelas Belajar Jawi

27 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah bertujuan sempena program sepanjang bulan Ramadan dan mengisi masa lapang dihujung minggu oleh pelajar sekolah dengan perkara yang berfaedah..........baca seterusnya


Program EKelas Live Tutorial / Penggal Ke 2

7 April 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar belajar dan mengikuti kelas tambahan anjuran Maxis supaya tidak ketinggalan dalam mengikuti kelas tuisyen secara percuma dengan beberapa aktiviti yang menarik........baca seterusnya


Program Eusahawan Bersama Pelatih Giat Mara

3 April 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar giat mara dalam menjalankan perniagaan secara atas talian dengan memberi pendedahan berkenaan teknik dan cara-cara untuk membina strategi pemasaran perniagaan melalui media sosial............baca seterusnya


Booth MCMC @ Ekspo Muafakat Kedah 2018 Bersama Kluster Kota Setar & Kubang Pasu

3 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini dijalankan adalah pameran bersempena Expo Muafakat Kedah 2018 dengan kerjasama MCMC Wilayah Utara bagi membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) atau Advokasi bersama komuniti yang hadir sepanjang ekspo berlangsung. Ekspo Muafakat ini berlangsung selama 8 hari bermula 28 Februari 2018 sehingga 3 Mac 2018 di perkarangan Stadium Darul Aman, Kedah.....baca seterusnya


Taklimat Pengenalan Ekelas (Maxis) Dan Pendaftaran Portal

1 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk menarik pelajar PT3 mengikuti program di PI (eKelas) supaya tidak ketinggalan dalam mengikuti kelas tuisyen secara percuma dengan beberapa aktiviti yang menarik bagi meningkatkan minat dan pengetahuan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik....baca seterusnya


Kelas Asas Video Pelajar Tingkatan Enam

9 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar mahir dalam komputer menggunakan software-software terkini yang membantu mereka menyunting video dalam menyiapkan tugasan sekaligus meningkat minat terhadap penyuntingan video......baca seterusnya


Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)

9 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Bengkel selama dua hari ( 7 & 8 Februari 2018) ini adalah untuk memberikan latihan dan penerangan kepada Guru Kafa menggunakan sistem secara atas talian untuk mengisi segala maklumat murid. Penyelaras, Encik Azizan Bin Abdul Rahman, Penyelia KAFA Kota Setar, telah memberi panduan kursus sepanjang sesi dijalankan......baca seterusnya


Program Hiking Gunung Keriang Bersama Belia

21 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini yang berlangsung pada 20 Januari 2018, Sabtu adalah bertujuan untuk menikmati keindahan alam semulajadi memandangkan Gunung Keriang merupakan kawasan riadah dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Pendakian selama 3 jam ini dapat mendidik peserta menghargai keindahan alam semulajadi....baca seterusnya


Bengkel Asas Fotografi Bersama Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

14 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan supaya komuniti mendapat pendedahan tentang program anjuran PI berkaitan ICT selain mendapat informasi terkini berkaitan isu dan permasalah di alam maya melibatkan Advokasi (E-waste,taklimat KDB & Check Your Label). Selain itu, kemahiran fotografi sebagai ilmu pengetahuan dalam teknik pengambilan gambar untuk produk perniagaan dan memantapkan kemahiran kendiri......baca seterusnya


Hari Terbuka PI Gunung Hilir Bersama Komuniti

09 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Program “Hari Terbuka PI Gunung Hilir Bersama Komuniti” adalah merupakan program tahunan bersama komuniti sempena meraikan komuniti yang setia menggunakan perkhidmatan di PI. Program ini bertujuan untuk menghargai komuniti dalam melaksanakan program berfaedah, berinformasi dan melahirkan komuniti celik ICT......baca seterusnya


Program Digital Opportunities For Business

30 September 2017 | Aktiviti Terkini

Untuk menarik ramai usahawan desa menyertai program anjuran PI dan membantu mereka untuk menambah pendapatan melalui perniagaan online dengan teknik yang berkesan. Memberi pengetahuan kepada pelajar usahawan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan .....baca seterusnya






Mini Karnival Annyeong Haseyo Day Anjuran MCMC

21 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Program ini dapat memberitahu kepada komuniti tentang program-program anjuran MCMC terutamanya dari pelajar International ICT Volunteer dari Korea. Kehadiran mereka telah menyumbang bakti kepada komuniti melalui pembelajaran ICT. ........baca seterusnya


Seminar Media Sosial Kedah 2017 Anjuran MCMC

09 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Penyertaan kakitangan PI akan memberi peluang kepada untuk menambah pengetahuan tentang isu berkaitan yang akan dikupas oleh penceramah pakar, seterusnya memperbaiki keberkesanan penyampaian mesej keselamatan siber kepada komuniti.........baca seterusnya









Bengkel Make-Up Bersama Siti Nur Farahain

14 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan komuniti terutamanya golongan belia dan wanita menyertai program-program yang bermanfaat disamping dapat adaptasi sebagai kemahiran kendiri bagi menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya dapat digunakan sebagai kerjaya/usahawan.........baca seterusnya








Kelas Asas Video Editing Pelajar Tingkatan Enam

11 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Bengkel ini dapat mendedahkan mereka kepada teknik asas dan pendedahan sebelum menghasilkan sesebuah video. Selain itu, memberikan pemahaman secara lebih terperinci berkaitan teknik dan penyuntingan dalam menghasilkan video............baca seterusnya






Online Marketing (Enterpreneur) Pusat Giat Mara Alor Setar & Kuala Kedah

24 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta secara jelas mengenai konsep-konsep asas utama perniagaan atas talian yang berkaitan dengan permulaan, pembangunan dan perjalanan perniagaan. Ia juga dapat memberi manfaat kepada usahawan muda yang memulakan perniagaan dengan mempelajari aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan dalam perniagaan mereka. Program ini merangkumi slot berkaitan Facebook Page, Whatsapp Application, Editing Picture dan juga Mudah.my............baca seterusnya


Program Memasak Bubur Asyura Bersama JKK Kg Gunung Hilir & Penduduk Sekitar

23 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan supaya pihak PI dan komuniti dapat bersama-sama berkumpul dan mengadakan gotong-royong disamping dapat mengeratkan hubungan siratulrahim. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan mereka menyertai aktiviti sihat dan bermanfaat. Program ini adalah salah satu program wajib tahunan penduduk kampung bergotong royong memasak bubur asyura secara beramai-ramai............baca seterusnya






Pemantapan Softkill Video Shooting

19 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan supaya komuniti mendapat pendedahan tentang program anjuran PI mengenai video editing secara “indoor/outdoor” supaya mereka dapat menanamkan minat untuk belajar membuat video dan memberi inspirasi serta motivasi yang membina kepada mereka..........baca seterusnya



Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Rakan-rakan sekalian! Jom berdakwah menerusi karya grafik. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Untuk makluman lanjut...KLIK disini



Kelas Asas Rekabentuk Grafik

26 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Untuk meningkatkan kemahiran komputer dikalangan pelajar dan menggalakkan komuniti menyertai program pembelajaran berbentuk ICT disamping pendedahan “Klik Dengan Bijak’ (KDB) serta menyampaikan fungsi penubuhan PI Gunung Hilir sebagai satu pusat komuniti dan ICT kepada masyarakat..........baca seterusnya






Booth Kdb Sempena Hari Terbuka Pusat Sains Wilayah Utara

10 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan supaya komuniti mendapat pendedahan tentang Program Klik Dengan Bijak serta memperkenalkan fungsi dan peranan PI dengan lebih luas. Mendedahkan tujuan PI kepada orang ramai supaya mengetahui kewujudan dan perkhidmatan serta memahami peranan PI kepada komuniti........baca seterusnya






Program Santai ICT Bersama PDK

10 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

PI Kedah Maxis telah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar istimewa dari PDK yang memerlukan bantuan pembelajaran supaya mereka dapat mempelajari asas komputer dan mengenali gadjet komputer agar.... baca seterusnya


Program Santai Sihat Gunung Keriang

4 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan sebagai program sihat atau riadah dan menyemai cintakan alam semulajadi disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara staf PI dan Pejabat Penghulu Mukim Gunong bersama-sama Pejabat Daerah Kota Setar di Gua Gunung Keriang.... baca seterusnya


Program Bacaan Tahlil

21 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah sebagai program kerohanian kepada masyarakat setempat bersama-sama staf PI melibatkan jemaah masjid disamping dapat memperkenalkan kewujudan dan fungsi penubuhan PI Gunung Hilir.... baca seterusnya


Program klik Dengan Bijak (KDB)

8 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepentingan "Klik Dengan Bijak' (KDB) kepada pelajar sekolah menengah di samping memperkenalkan kewujudan dan fungsi.... baca seterusnya


Kelas Asas Adobe Photoshop CS6 & Klik Degan Bijak (KDB)

20 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menyertai program-program ICT di samping mengisi masa lapang pada musim cuti persekolahan. Tujuannya adalah untuk mendidik dan melatih para pelajar serta orang dewasa agar mampu menggunakan aplikasi Adobe Photoshop CS6 sebagai kemahiran tambahan.... baca seterusnya


Kelas Ict Dan Pengenalan Asas Komputer Internet & Ms Office Pelajar UPSR

29 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar UPSR menyertai program-program ICT di samping mengisi masa lapang pada musim cuti persekolahan. Tujuannya adalah mendidik dan melatih pelajar agar mahir menggunakan microsoft office dan internet supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan tentang ICT.... baca seterusnya





Bengkel Make-up Siti Nur Farah Ain

24 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan komuniti terutamanya golongan belia dan wanita menyertai program-program yang bermanfaat disamping dapat menjalinkan hubungan erat diantara staff PI dan komuniti setempat.... baca seterusnya






Bengkel Make-up

29 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Kelas makeup atau solekan semakin mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat dan juga penduduk kawasan lain. Diatas permintaan yang amat menggalakkan kelas ini telah diadakan hampir setiap bulan di PI Gunung Hilir yang dihadiri oleh peserta daripada pelbagai lapisan umur. Kelas ini dikendalikan oleh seorang jurusolek muda.... baca seterusnya


Sambutan Hari Merdeka Bersama Tabika KEMAS Gelong Air

28 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58, PI Gunung Hilir telah menganjurkan sambutan kemerdekaan bersama Tabika Kemas Gelong Air yang diiringi oleh guru-guru tabika. Aktiviti yang telah diadakan adalah membuat kolaj bendera yang telah disediakan mengikut arahan yang diberikan. Ia bertujuan untuk menanam semangat kemerdekaan dengan mengenali warna-warna yang ada pada bendera Malaysia.... baca seterusnya



Program Kembara Digital Malaysia @ Kedah

15 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Teknologi digital hari ini telah mengubah cara hidup dan kerja kita. Oleh itu, menjadi sasaran MDeC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan teknologi digital. Tenaga kerja diatas talian dengan menyertai inisiatif eRezeki. Sebagai seorang pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya.... baca seterusnya


BENGKEL MAKE-UP SYAWAL

12 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 3 dan 11 julai 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Hilir telah menganjurkan 'Bengkel Mekap' sempena bakal menjelang Hari Raya Aidilfitri. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan komuniti terutamanya golongan belia dan wanita menyertai program-program yang bermanfaat disamping dapat menjalinkan hubungan erat diantara staff PI dan komuniti setempat.... baca seterusnya


KELAS AGAMA "PEMANTAPAN AKIDAH"

11 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan Ramadan, Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Hilir telah mengadakan satu program Kelas Agama "Pemantapan Akidah" yang terdiri daripada empat sesi pembelajaran. Program tersebut diadakan pada 19 dan 26 Jun serta 3 dan 10 Julai 2015 yang disertai oleh para pelajar sekolah rendah seramai 15 orang.... baca seterusnya



TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

17 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei dan 16 Mei 2015, Pusat Internet 1 Malaysia(PI) Gunung Hilir telah mengadakan program 'Taklimat Klik Dengan Bijak' di atas usahama bersama PI Napoh dan PI Jerlun. Program ini diadakan di SMK Alor Janggus (6 Mei 2015) dan Pusat Internet 1 Malaysia Napoh ( 16 mei 2015).... baca seterusnya


MINI GOTONG ROYONG PI GUNUNG HILIR

1 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Januari 2015, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan 'Mini Gotong Royong' bersama adik-adik sekolah rendah dan tadika. Tujuan utama 'Mini Gotong Royong' adalah untuk menceriakan serta membersihkan kawasan sekitar PI Gunung Hilir supaya lebih kemas dan teratur disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara pengunjung PI dan staf.... baca seterusnya


KLIK DENGAN BIJAK (KDB) KEPADA PARA PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI GUNONG

16 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2015, PI Gunung Hilir telah mengadakan program "Klik Dengan Bijak"(KDB) kepada para pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong. Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan fungsi dan kewujudan PI Gunung Hilir di samping memperkenalkan kepentingan program "Klik Dengan Bijak" kepada pelajar sekolah menengah.... baca seterusnya


hARI TERBUKA

27 September 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 25 & 26 September Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Hilir telah mengadakan hari terbuka untuk Komuniti Mukim Gunung.... baca seterusnya