Program ‘Train Of Trainer’ Kempen Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709)
30 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ‘Train of Trainer’ Kempen Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) ini adalah julung kali diadakan di Pusat Internet Gunung Hilir (Maxis) oleh Ybrs Encik Mazmalek Bin Mohamad, dari Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM). Ia bertujuan untuk memberi latihan kepada pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet (Maxis) wilayah utara Kedah dan Perlis tentang kandungan perlindungan data peribadi kepada komuniti terutamanya melibatkan usahawan.
Pendedahan ini dapat memberi kesedaran kepada para usahawan tentang keselamatan ketika melakukan transaksi secara atas talian melibatkan data peribadi seperti nombor akaun, dan butiran peribadi. Ia bagi mengelakkan pihak ketiga menyalahguna maklumat berkenaan dan mengelakkan kebocoran data.
Program berakhir dengan sesi soal jawab dan pembentangan daripada staff yang hadir. Majlis bersurai dengan sesi penyampaian sijil kepada semua peserta terlibat dan sesi bergambar. Penyerahan cenderahati daripada Ybrs Encik Mazmalek Bin Mohamad kepada Pengurus Pusat Internet Gunung Hilir sebagai tanda terima kasih diatas anjuran tempat kursus ini dijalankan dengan jayanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: