Kursus 'Empowering Your Communication, Networking and Presentation Skills'
27 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei dan 26 Mei 2022 masa 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang telah diadakan kursus Empowering Your Communication, Networking and Presentation Skills secara atas talian melalui aplikasi Microsoft Team. Kursus ini melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Kedah dan Perlis (Maxis) Sprintz Designs iaitu kursus wajib bagi melengkapkan modul latihan oleh tenaga pengajar dari Redtone Sdn Bhd, Puan Cantiynia Anak Ringos.
Antara objektif kursus ini adalah:
1. Membolehkan peserta berkomunikasi dengan baik.
2. Menggunakan gaya bahasa yang sesuai mengikut keadaan semasa.
3. Bertukar idea dan informasi bersama individu atau berkumpulan untuk kebaikan
bersama.
4. Menghasilkan pembentangan dengan baik dan kreatif.
5. Menyampaikan pembentangan yang memberi impak yang tinggi dan menepati
kriteria yang ditetapkan.
Kursus kali ini berlangsung selama dua hari dan banyak melibatkan teknik-teknik penggunaan gaya bahasa yang menepati dan bersesuaian mengikut keadaan semasa. Pada hari pertama kursus, para petugas PEDi perlu melakukan ujian iaitu ‘Test Your Temperament’ untuk memahami personaliti melalui sikap dan perbincangan bersama-sama. Impak daripada ujian ini, petugas-petugas PEDi boleh menganalisis dan mengetahui personaliti masing-masing.
Pada hari kedua kursus, petugas-petugas PEDi diberi tugasan untuk menyediakan pembentangan dan membentangkan hasil kerja dalam masa yang ditetapkan sekurang-kurangnya 15 minit hingga 20 minit mengikut syarat-syarat yang diberikan oleh tenaga pengajar.
Melalui kursus ini para petugas PEDi dapat mengetahui teknik-teknik berkomunikasi dengan berkesan dan juga dapat meningkatkan cara penggunaan bahasa yang mudah dan lebih tepat. Selain itu, banyak gaya penceritaan yang menarik dan lebih ringkas diperolehi semasa kursus ini berlangsung. Para petugas PEDi juga dapat mempelajari teknik-teknik untuk mengawal perasaan gementar dengan betul semasa sesi pembentangan berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: