Bengkel Make-up
29 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Kelas makeup atau solekan semakin mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat dan juga penduduk kawasan lain. Diatas permintaan yang amat menggalakkan kelas ini telah diadakan hampir setiap bulan di PI Gunung Hilir yang dihadiri oleh peserta daripada pelbagai lapisan umur. Kelas ini dikendalikan oleh seorang jurusolek muda yang berpotensi dalam bidang andaman dan mekap. Kelas ini terbuka kepada pelbagai peringkat umur. Kelas diadakan oleh seorang jurusolek muda yang profesional, berpengalaman dan aktif mengadakan bengkel disekitar Kedah.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
Hari : Jumaat
Tarikh : 14 & 28 Ogos 2015
Tempat : Pusat Internet Gunung Hilir
Masa : 11.00 PAGI-2.30 PETANG
Tujuan: Program diadakan:-
• Untuk menggalakkan komuniti menyertai program anjuran PI kursus kepada golongan belia dan wanita.
• Sebagai program kemasyarakatan dan menjalinkan hubungan baik antara staf PI dan komuniti
• Memberi pendedahan tentang kewujudan PI dan fungsi serta perkhidmatan yang disediakan.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
1) Taklimat KDB & Pengenalan PI
- Penerangan tentang PI dan fungsi ditubuhkan
- Keselamatan dan panduan ketika menggunakan Internet
- Menjaga maklumat peribadi ketika melayari internet
2) Asas mekap (teori & praktikal)
- Peserta diberi tunjuk ajar mengenai asas solekan dan diberi peluang untuk adaptasi pada wajah masing-masing.
- Pelbagai teknik dari mata, kening, pipi dan muka ditunjukkan bagi mendapatkan teknik asas solekan yang cantik dan betul .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: