Program Rangkuman Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM)
21 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi khidmat nasihat kewangan percuma kepada komuniti setempat dan juga kepentingan dalam pengurusan kewangan serta mengenai pendidikan matawang.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
Hari : Khamis
Tarikh : 20 Ogos 2015
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Perkarangan Pusat Internet Gunung Hilir
Kehadiran : Komuniti Setempat
Tujuan: Program diadakan:-
• Untuk melindungi kepentingan dan meningkatkan keupayaan kewangan pengguna, Bank Negara Malaysia menyediakan pelbagai saluran kepada pengguna untuk membuat tuntutan kewangan dan menangani isu-isu berkaitan pengguna.
• Bagi membantu pengguna membuat keputusan yang wajar seiring dengan keperluan dan kemampuan mereka, pelbagai usaha telah diperkenalkan. Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap celik pengguna melalui Program Pendidikan Pengguna yang komprehensif. Ini bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan akses kepada maklumat yang relevan mengenai produk dan perkhidmatan kewangan serta memberikan pendidikan yang mencukupi kepada pengguna agar mereka memahami risiko dan obligasi yang terlibat.
• Bank Negara Malaysia menggalakkan program jangkauan yang meluas melalui pembukaan rangkaian cawangan bank yang lebih banyak untuk meningkatkan akses orang ramai kepada perkhidmatan kewangan.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
Program/modul yang dijalankan:
1) Taklimat KDB & Pengenalan PI
- Penerangan tentang PI dan fungsi ditubuhkan
- Keselamatan dan panduan ketika menggunakan Internet
- Menjaga maklumat peribadi ketika melayari internet
2) PI gunung Hilir menyediakan khidmat kaunter untuk BSN
• Pembayaran Bil
• Pendaftaran Pembukaan akaun BSN
• Perkhidmatan penambahan nilai kredit telefon
3) Kaunter Pertanyaan untuk PI Gunung Hilir
o Pendaftaran kelas ICT dan INTEL
4) Aktiviti Sokongan
• Klik Dengan Bijak (KDB) oleh PI Gunung Hilir
• Cabutan Bertuah
• Promosi produk perbankan
• Pengurusan kewangan
• Perkhidmatan BNM MobileLINK dan perbankan
• Taklimat mengenai Jenayah Kewangan
• Perkhidmatan pembukaan akaun BSN beserta kad BSN
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: