Program Bacaan Tahlil
21 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan adalah sebagai program kerohanian kepada masyarakat setempat bersama-sama staf PI melibatkan jemaah masjid disamping dapat memperkenalkan kewujudan dan fungsi penubuhan PI Gunung Hilir.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 20 Februari 2016 (11.00 Pagi)
Tempat : Dewan Masjid Nurul Iman
Anjuran : Jemaah Masjid Nurul Iman, Gunung Keriang
Kehadiran : Belia dan wanita ( Jemaah masjid)
Tujuan Program diadakan :
- Program kerohanian yang dijalankan adalah untuk membuat bacaan Tahlil kepada saudara mara yang telah meninggal dunia.
- Memperkenal dan membuat promosi tentang kewujudan dan fungsi penubuhan PI Gunung Hilir.
- Komuniti mendapat pendedahan tentang kesedaran dan program ICT yang akan ditawarkan di PI.
- Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama yang erat antara staf PI dan komuniti.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :
- Bacaan Tahlil dan doa oleh Ustazah secara beramai-ramai di dewan.
- Taklimat ringkas pengenalan PI dan promosi yang ditawarkan.
- Santapan tengahari dan dinikmati oleh semua peserta yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: