dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Ceramah Dan Demonstrasi Alat Pemadam Api

15 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Oktober 2022, Jumaat jam 3.00 petang telah berlangsung Ceramah Dan Demonstrasi Alat Pemadam Api dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar oleh Encik Hussain. Program yang berlangsung melibatkan Kluster Kota Setar & Kluster Kubang Pasu (Maxis) iaitu petugas PEDi serta Rakan Digital.

Program yang berlangsung selama 2 jam menerangkan tatacara penggunaan alat pemadam api serta taklimat berkaitan isu kebakaran dan keselamatan bagi meningkatkan kesedaran tentang risiko kebakaran serta langkah pencegahan.

Kemudian demonstrasi dilakukan di perkarangan PEDi menggunakan alat pemadam api jenis ABC dan pemadam api jenis C02. Petugas diberi peluang untuk mengendalikan alat pemadam api dan memadamkan api dengan mengambil kira arah laluan angin dan persekitaran terutamanya ketika berhadapan dengan kebakaran.

Program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara petugas PEDi bersama Rakan Digital serta anggota Bomba. Pengetahuan tentang keselamatan amat perlu dititikberatkan bagi mengurangkan risiko perkara tidak diingini berlaku

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.