dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) di SK Gerigis

27 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2022, Rabu jam 11.00 pagi telah diadakan Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) kepada pelajar sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Gerigis. Ia adalah program Sempena Program Kempen Kesedaran Kanak-Kanak Bertemakan 'Sentuhan & Keselamatan Kanak-Kanak' dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, PDRM.

Taklimat yang disampaikan adalah tentang Online Grooming iaitu tajuk yang menjadi isu semasa pada masa kini, perlu diberi perhatian dan pendedahan awal supaya tidak menjadi permasalahan dikalangan kanak-kanak.

Program yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit disusuli dengan langkah dan tip keselamatan serta pencegahan awal untuk membendung perkara tidak diingini berlaku. Kuiz dan tayangan video diselitkan bagi menguji kefahaman para pelajar yang terlibat.

Program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara petugas PEDi bersama pihak sekolah dan agensi yang terlibat serta dapat bersama-sama memberi kesedaran kepada orang awam tentang isu-isu semasa yang berlaku terutamanya bagi generasi muda

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.