dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Latihan Kerja Berpasukan Kedah & Perlis

1 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 30 November 2022, Rabu telah diadakan Kursus Latihan Kerja Berpasukan yang melibatkan pengurus dan penolong pengurus Kedah dan Perlis (Maxis), Sprintz Designs. Ia diadakan melalui Microsoft Team atau atas talian melibatkan 8 PEDi bermula jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dibimbing oleh Puan Cantiynia anak Ringos .

Pelbagai aktiviti selingan telah dilakukan terutamanya melibatkan tugasan secara berkumpulan yang membantu untuk mewujudkan kerjasama antara satu sama lain. Aktiviti lain seperti ice breaking, video, kuiz, tugasan individu dan pembentangan menarik perhatian kesemua peserta yang terlibat.

Objektif yang dicapai adalah dapat mempamerkan kerja berpasukan, mengenal pasti cara untuk mengendalikan dan menyelesaikan isu, peranan pekerja ketika dalam kerja berpasukan serta cara membina hubungan yang kuat dengan keadaan sekeliling.

Kursus kali ini banyak membantu petugas PEDi untuk mengenali diri dan menyesuaikan diri bekerja dalam berpasukan dengan lebih profesional. Sifat kepimpinan dapat ditonjolkan sesuai dengan tanggungjawab petugas yang mengalas jawatan dengan peranan masing-masing

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.