Bengkel Make-Up Bersama Siti Nur Farahain
14 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan komuniti terutamanya golongan belia dan wanita menyertai program-program yang bermanfaat disamping dapat adaptasi sebagai kemahiran kendiri bagi menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya dapat digunakan sebagai kerjaya/usahawan. Kelas diadakan oleh seorang jurusolek yang profesional, berpengalaman dan aktif mengadakan bengkel disekitar Semenanjung Malaysia
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 12 - 13 Mei 2017 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 2.00 Tengahari – 6.30 Petang
Tempat : PI Gunung Hilir (Bilik Training)
Kehadiran : Golongan Belia & Wanita
Tujuan Program diadakan :
Program diadakan :
- Untuk menggalakkan komuniti menyertai program anjuran PI kursus kepada golongan belia dan wanita.
- Memberi pendedahan tentang kewujudan PI dan fungsi serta perkhidmatan yang disediakan.
- Sebagai program kemasyarakatan dan menjalinkan hubungan baik antara staf PI dan komuniti
- Menggalakkan komuniti belajar kemahiran dan boleh diadaptasi sebagai usahawan sebagai pekerjaan sampingan
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
Program/modul yang dijalankan :
- Taklimat KDB & Pengenalan PI
- Penerangan tentang PI dan fungsi ditubuhkan
- Keselamatan dan panduan ketika menggunakan Internet
- Menjaga maklumat peribadi ketika melayari internet
- Asas makeup (teori & praktikal)
- Peserta diberi tunjuk ajar mengenai asas solekan dan diberi peluang untuk adaptasi pada wajah masing-masing.
- Pelbagai teknik dari mata, kening, pipi dan muka ditunjukkan bagi mendapatkan teknik asas solekan yang cantik dan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: