Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pertanian Sawah Padi
Negeri Kedah merupakan negeri jelapang padi, kebanyakan penduduk mukim ini adalah golongan petani dan bekerja sendiri. Permandangan sawah padi menjadi tarikan penduduk bandar yang pulang bercuti dan melihat proses pengambilan padi ketika musim menuai dikendalikan dengan jentera khas. Terdapat juga golongan yang bekerja dengan pihak kerajaan dan swasta. Beberapa buah stesen minyak petronas dan sebuah stesen minyak mini telah dibina di mukim ini untuk kemudahan orang ramai. Selain itu terdapat banyak perniagaan lain seperti kedai makanan dan minuman, kedai runcit, pasar mini, kedai perabot, kedai telekomunikasi, kedai alat tulis dan fotostat, gerai daging dan lain-lain dijalankan di sekitar mukim ini.
Homestay
Terdapat juga homestay yang disediakan di Gunung Keriang untuk orang ramai terutamanya orang luar yang memerlukan perkhidmatan tersebut dengan harga yang berpatutan. Homestay dilengkapi bilik tidur, bilik air, dapur dan ruang tamu untuk keselesaan pengguna. Antara homestay tersebut adalah Pak Ed Homestay, Homestay Chot dan Sri Gunong Homestay berhampiran dengan Gunung Keriang yang mendapat sambutan ketika musim cuti sekolah.
Pak Ed Homestay (Ed / Salmah) : 013 3302997 / 013 3974022
Sri Gunong Homestay (Saliza) : 016 2091117
Batu Kristal
Bagi mereka yang meminati barangan perhiasan kristal, Gunung Keriang merupakan tempat paling tepat untuk dikunjungi kerana terdapat lebih daripada 100 jenis batu kristal atau lebih dikenali sebagai 'batu bunga' terdapat di situ. Selain itu, terdapat sesetengah penduduk sekitar yang mengusahakan baja daripada tahi kelawar yang diambil daripada gua-gua Gunung Keriang yang menjadi habitat kelawar. Beberapa deretan kedai Kristal oleh pengusaha batu kristal berdekatan Taman Rekreasi Gunung Keriang dibuka kepada pengunjung yang berminat untuk membeli sebagai cenderamata, koleksi peribadi dan aksesori perhiasan diri.