Program Digital Opportunities For Bussiness Bersama Pusat Giat Mara Alor Setar
11 September 2017 | Aktiviti TerkiniProgram ini dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar giat mara untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Selain itu, program ini juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar giat mara untuk menggunakan kemahiran yang dimilikki untuk mencuba memulakan perniagaan secara ‘online dan offline.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 10 September 2017 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Giat Mara Alor Setar
Kerjasama : Kerjasama PI Gunung Hilir, PI Napoh, PI Jerlun, PI Kodiang dan Pokok Sena
Tujuan Program diadakan :
Memberi pendedahan kepada pelajar giat mara dalam menjalankan perniagaan secara atas talian dengan memberi pendedahan berkenaan teknik dan cara-cara :-
- Untuk membina strategi pemasaran dan menjana idea perniagaan
- Menaik taraf dan menilai paparan laman media sosial
- Mengaplikasi teknik copywriting berkesan dalam media sosial
- Memberi pengetahuan kepada Pelatih GIAT MARA untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan di pasaran online
- Mendedahkan teknik dan cara untuk mengambil gambar produk dengan teknik yang betul
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
Program/modul yang dijalankan :
- Slot Advokasi dan Klik Dengan Bijak
- Pengenalan kepada perniagaan,pemasaran dan menjana idea
- Pemasaran produk menerusi Facebook (Profile dan FB Page)
- Teknik Copywriting di Media Sosial
- Teknik Mengambil Gambar Produk (Tips & Tricks)
- Pengenalan usahawan kepada pemasaran dan idea perniagaan Online Marketing
Antara kebaikan aktiviti ialah :
- Memberi pengetahuan kepada pelajar giat mara untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan
- Memberi tunjuk ajar kepada pelajar giat mara untuk menggunakan kemahiran yang mereka ada untuk
- menceburi bidang perniagaan secara ‘online dan offline’
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: