Program Digital Opportunities For Bussiness Dan Online Marketing Bersama Giat Mara Alor Setar
18 April 2017 | Aktiviti TerkiniProgram ini juga memberikan pengetahuan kepada pelajar giat mara untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan Memberi tunjuk ajar kepada pelajar giat mara untuk menggunakan kemahiran yang mereka ada untuk menceburi bidang perniagaan secara ‘online dan offline’
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 16 & 17hb April 2017
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Pusat Giat Mara Alor Setar
Jemputan : Dr.Norasyikin Bt Hamid ( Pensyarah UUM )
Kehadiran : Pelajar Giat Mara Alor Setar
Tujuan Program diadakan :
Memberi pendedahan kepada pelajar giat mara dalam menjalankan perniagaan secara atas talian dengan memberi pendedahan berkenaan teknik dan cara-cara :-
- Untuk membina strategi pemasaran bisnes melalui media sosial
- Menaik taraf dan menilai paparan laman media sosial
- Mengaplikasi teknik copywriting berkesan dalam media sosial
- Memberi pendedahan kepada pelatih Giat Mara untuk menggunakan aplikasi teknologi pembayan online secara mudah
- Memberi pengetahuan kepada Pelatih GIAT MARA untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan di pasaran online
- Memberi pengetahuan mengenai teknik dan cara untuk mengambil gambar produk dengan teknik yang betul
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
Antara aktiviti yang diadakan :
- Slot Advokasi dan Klik Dengan Bijak (Online Grooming)
- Ice Breaking
- Pengenalan kepada perniagaan dan pemasaran (Modul INTEL)
- Pemasaran produk menerusi Facebook (Profile dan FB Page)
- Teknik Copywriting di Media Sosial
- Teknik Mengambil Gambar Produk (Tips & Tricks)
- Design logo perniagaan
Sharing Session (Perkongsian Kisah Kejayaan bersama usahawan Berjaya)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: