Program Digital Opportunities For Business Dan Online Marketing Bersama Giat Mara
18 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniBengkel yang diadakan ini, mendedahkan pelajar secara langsung mengenai media social (facebook) untuk berniaga secara atas talian yang menjadi platform kepada sesebuah perniagaan. Ilmu yang diberi sekaligus dapat diaplikasikan kepada usahawan untuk memajukan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 11 Mei 2017 (Khamis) & 17 Mei 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat GIAT MARA Jerlun & GIAT MARA Kuala Kedah
Kehadiran : Pelajaran Giat Mara
Tujuan Program diadakan :
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan pemasaran atas talian bagi permulaan untuk memulakan perniagaan atau untuk menjadi seorang usahawan secara online. Selain itu, tujuan program usahasama antara PI dan Giat MARA adalah untuk melahirkan usahawan muda dengan memberi pendedahan tentang modul keusahawanan secara praktikal dan hala tuju dalam bidang perniagaan selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan ekonomi secara atas talian.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
Program/modul yang dijalankan :
- SLOT 1:
- Slot Advokasi dan Klik Dengan Bijak
- SLOT 2 :
- Cara pemasaran Online menggunakan media sosial (What Apps, We chat, Facebook, Instagram, Pages )
- SLOT 3 :
- Aktiviti praktikal secara terus di dalam facebook serta aktiviti berkumpulan dalam Pelan Perancangan Perniagaan serta mereka logo untuk perniagaan.
- SLOT 4 :
- Cara menangkap gambar produk secara professional dan mudah menggunakan aplikasi di dalam ‘Smartphone’. Dengan menggunakan prop layar lengkap yang telah disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: