Taklimat “Jenayah Cyber Dan Penggunaan Internet Berhemah” Bersama Penyelia Asrama Di SM Sains Kubang Pasu, Kedah
26 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan supaya komuniti mendapat pendedahan tentang program anjuran PI iaitu “ADVOKASI (KDB, E-WASTE dan CHECK YOUR LABEL)” yang berkenaan dan sekaligus mempromosi kursus yang ditawarkan oleh PI.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 25 Ogos 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Sekolah Men Keb Agama Kedah
Kerjasama : Dengan Kerjasama MCM, CFM, Kluster Kota Setar Dan Kluster Kubang Pasu
Jemputan : Jemputan dari MOHD FAIZAL AZIZAN (Ketua Pejabat Negeri Kedah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
Tujuan Program diadakan :
Tujuan program adalah untuk membantu penyelia asrama menangani masalah pelajar dan dapat membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti MCMC sebagai rujukan dalam menangani isu berkaitan pelajar yang terjebak dengan isu berkaitan buli dan permasalahan kesan internet yang terjebak dikalangan pelajar.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
Program/modul yang dijalankan :
- Penerangan fungsi MCMC dan kewujudannya
- Penerangan fungsi CFM (Jemputan penceramah) dalam menerangkan aduan kes yang diterima
- “Advokasi (KDB, E-WASTE dan CHECK YOUR LABEL)”
- Isu semasa berkaitan kes jenayah online dan buli cyber
- Aktiviti bersama staf penyelia “Kahoot” kuiz secara online
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: