Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam(Simpeni) Oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
10 Mac 2017 | Aktiviti Terkini
Program ini adalah untuk memberikan latihan dan penerangan untuk menggunakan sistem secara atas talian untuk mengisi segala maklumat murid. Penyelaras, Encik Azizan Bin Abdul Rahman, Penyelia KAFA Kota Setar, telah memberi taklimat kursus sepanjang sesi dijalankan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengadakan Bengkel Pemurnian Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI). Bengkel ini diadakan bagi tujuan penyediaan definisi variable yang dijadikan sebagai rujukan utama pengisian/pengemaskinian data sekolah agama dan KAFA ke dalam SIMPENI pada masa kini dan masa akan datang.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 8 dan 9 Mac 2017 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Giat Mara Alor Setar & Kuala Kedah
Kehadiran : Guru Kafa Kota Setar (disertai seramai 58 orang guru KAFA)
Tujuan Program diadakan :
Memberikan latihan dan penerangan mengenai sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) kepada guru-guru KAFA. Mengisi maklumat murid di dalam sistem pendaftaran menduduki ujian penilaian kelas kafa (UPKK) bagi tahun 2017 oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Hasil dapatan daripada bengkel yang diadakan ini, para peserta seterusnya akan dapat menggunakan Sistem Pendaftaran Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) dengan lebih tersusun dan mudah
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :
• Program ini adalah untuk memberikan latihan dan penerangan untuk menggunakan sistem secara atas talian untuk mengisi segala maklumat murid,
• Memberikan latihan dan penerangan mengenai sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) kepada guru-guru KAFA.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: