Advokasi (Kdb, E-Waste,Check Your Label) Dengan Kerjasama Kluster Padang Terap, Kubang Pasu & Kota Setar.
10 Mac 2017 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan supaya golongan belia mendapat pendedahan tentang program anjuran PI iaitu “ADVOKASI (KDB, E-WASTE dan CHECK YOUR LABEL)” yang berkenaan sebagai langkah keselamatan dan kesedaran bahaya penggunaan internet tanpa kawalan.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 23 Mac 2017 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Kolej UUM Pengajian Undang-undang, Kerajaan dan Antarabangsa (COLGIS UUM)
Kerjasama : Kerjasama PI Maxis / PI TM Kedah & UUM
serta pihak MCMC Alor Setar
Tujuan Program diadakan :
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melaksanakan program kerjasama antara Pusat Internet Kluster Padang Terap, Kluster Kota Setar & Kubang Pasu bersama pihak UUM untuk melaksanakan program ADVOKASI (KDB, E-WASTE dan CHECK YOUR LABEL) kepada pelajar universiti
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :
• Taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan.
• Tayangan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC.
• Aktiviti dalam kumpulan (LDK) bertajuk “Detektif” berkaitan dengan berunsurkan pengajaran dan mesej KDB
• Sesi Kuiz terbuka kepada pelajar dan sesi soal jawab diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: