Temuduga Terbuka Operator Pengeluaran Bersama JobsMalaysia
13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Gunung Hilir telah bekerjasama dengan agensi JobsMalaysia Kedah untuk mengadakan Temuduga Terbuka Operator Pengeluaran Syarikat Jabil pada baru-baru ini. Pusat Internet di Negeri kedah telah mendapat pentauliahan daripada JobsMalaysia sendiri bersama MCMC memandangkan impak Pusat Internet sebagai pusat komuniti sebagai agen pengubah dan sosial masyarakat serta pusat informasi.
Kerjasama ini adalah bagi memudahkan komuniti setempat mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan terutamanya pencari kerja. Memandangkan Pusat Internet yang terletak dikawasan pinggir bandar, ia memudahkan komuniti kurang berkemampuan untuk mendapatkan pekerjaan dan perolehi kemudahan logistik selepas berjaya mendapat pekerjaan.
Seramai 62 peserta dengan sijil SPM telah menghadiri temuduga tersebut dan telahpun berjaya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Syarikat Jabil.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: