Program eRezeki Bersama Komuniti
8 September 2018 | Aktiviti Terkini
Program ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti yang berpendapatan rendah untuk mengikuti program eRezeki untuk menambah pendapatan sampingan. Beberapa platform disediakan dalam eRezeki di mana peserta berpeluang untuk mempelajari dan memahami konsep pendapatan secara digital melibatkan tugasan digital mikro, kerja digital dan kerja bukan digital.
Peserta berumur 18 tahun keatas digalakkan mendaftarkan program ini dan ia adalah secara percuma yang disediakan khas oleh pihak Mdec kepada semua lapisan masyarakat. Peserta boleh mengakses eRezeki ini dimana-mana sahaja samada melalui telefon pintar dan komputer. Peserta juga boleh mendaftarkan diri di mana-mana wakil pusat eRezeki diseluruh Malaysia termasuklah Pusat Internet yang terpilih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: