Booth MCMC @ Ekspo Muafakat Kedah 2018 Bersama Kluster Kota Setar & Kubang Pasu
3 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
Tujuan program ini dijalankan adalah pameran bersempena Expo Muafakat Kedah 2018 dengan kerjasama MCMC Wilayah Utara bagi membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) atau Advokasi bersama komuniti yang hadir sepanjang ekspo berlangsung. Ekspo Muafakat ini berlangsung selama 8 hari bermula 28 Februari 2018 sehingga 3 Mac 2018 di perkarangan Stadium Darul Aman, Kedah.
Antara agensi lain yang terlibat adalah daripada jabatan-jabatan kerajaan negeri Kedah dan NGO yang terbabit bagi menjayakan program tersebut dengan pameran dan projek perlaksanaan yang telah dilaksanakan kepada rakyat dengan dihadiri oleh Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Perdana Menteri Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: