Kelas Asas ICT Microsoft Office
11 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2019, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar terdiri dari lingkungan umur 9 hingga 16 tahun. Pengisian yang telah dipelajari adalah tentang pengetahuan dan pengenalan asas komponen peralatan komputer dan kegunaannya. Di dalam pembelajaran kali ini, lebih menekankan kepada cara penggunaan perisian Microsoft Office sebagai modul utama kelas ini dijalankan. Hal ini kerana kebanyakan kerja sekolah, kerja kursus mahupun tugasan harian pelajar banyak memerlukan kemahiran dengan menggunakan perisian ini. Kelas ini telah diadakan selama 4 sesi pada setiap minggu selama 2 jam dan dibimbing oleh staf Pusat Internet Gunung Hilir.
Aktiviti sampingan juga diadakan untuk melihat tahap kefahaman para pelajar menguasai penggunaan perisian Microsoft Office. Ujian dan soalan kuiz diadakan bagi melihat prestasi para pelajar pada akhir sesi pembelajaran. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat membantu para pelajar meningkatkan kemahiran menggunakan internet dengan teknik yang betul dalam mencari bahan daripada laman sesawang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: