Taklimat Pengenalan eKelas & Advokasi Tingkatan 1, SMKSG
4 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Januari 2019, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan taklimat pengenalan Portal eKelas dan Live Tutorial (Maxis) kepada pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong. Taklimat tersebut disampaikan bersempena dengan minggu orientasi pelajar Tingkatan 1 sekolah tersebut. Seramai 78 orang murid Tingkatan 1 telah terlibat dan mereka diberi taklimat berkaitan pendidikan secara digital yang dianjurkan oleh pihak Maxis iaitu, Portal eKelas dan Live Tutorial.
Program Live Tutorial dan Portal eKelas ini akan diadakan di Pusat Internet Gunung Hilir pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Matapelajaran utama bagi kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bukan sahaja Tingkatan 1 malah dibuka juga untuk Tahun 6, Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5. Penekanan dari segi nota padat dan ulangkaji diberikan terutama kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Diselit juga dengan taklimat advokasi mengenai isu-isu semasa, permasalahan dan jenayah di media sosial serta internet mengikut akta-akta kesalahan dibawah MCMC.
Ia adalah bertujuan untuk memberi kesedaran, tanggungjawab dan kewaspadaan kepada pengguna internet seterusnya mengetahui dan mematuhi isu keselamatan. Antara slot taklimat yang diberikan adalah taklimat Advokasi dan Klik Dengan Bijak (KDB) meliputi “Online Grooming”, maklumat palsu dan “oversharing”. Aktiviti sampingan juga diadakan seperti kuiz kahoot dan sesi soaljawab bersama pelajar dan penyampaian cenderamata kepada guru pengiring orientasi murid Tingkatan 1.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: