Taklimat Advokasi Sempena Pasca PT3 dan Pasca Pentaksiran Akhir Tahun SMK Jerlun
11 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2019, Pusat Internet Gunung Hilir telah dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun untuk memberi taklimat advokasi bersempena Pasca PT3 dan Pentaksiran Akhir Tahun. Program ini dihadiri seramai 224 pelajar dari pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Ia diadakan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya isu buli siber dan ‘online grooming’ kepada para pelajar. Disamping itu, para pelajar juga diberi penerangan tentang bagaimana untuk mengatasi dan berhadapan dengan situasi berkenaan supaya dapat dielakkan menjadi mangsa.
Kelebihan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan aktiviti berfaedah disamping memberi kesedaran tentang kesan penyalahgunaan internet. Tambahan lagi, mereka dapat mengetahui isu-isu semasa yang membolehkan mereka sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan dapat mengelak daripada menjadi mangsa di alam siber. Pelajar turut diberi peluang untuk sesi soal jawab dan juga kuiz Klik Dengan Bijak (KDB). Kesemua topik daripada taklimat yang disampaikan ini perlu dititikberatkan selari dengan peredaran teknologi masa kini terutama kepada pelajar sekolah. Para guru dan ibubapa juga turut memainkan peranan penting dalam memastikan generasi muda masa kini menjadi generasi kebanggaan kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: