Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)
14 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniBengkel SIMPENI yang diadakan selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan dan penerangan kursus kepada Guru Kafa menggunakan sistem secara atas talian untuk mengisi data maklumat murid. Penyelaras, Encik Azizan Bin Abdul Rahman, Penyelia KAFA Kota Setar, telah memberi panduan kursus sepanjang sesi dijalankan. Dengan khidmat bantuan staf Pusat Internet, para guru diberi tunjuk ajar menggunakan website tersebut dan tatacara pengisian data murid dengan mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: