Lawatan Kerja Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
23 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2020, jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi Pusat Internet Gunung Hilir (Kedah) telah menerima kunjungan lawatan kerja oleh Ybrs. Encik Mazmalek bin Mohamad, Ketua Pengarah JPDP. Turut hadir bersama Puan Sharliza Saary, Penolong Pengarah SKMM Pejabat Negeri Kedah.
Jabatan melalui kerja sama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Syarikat Telekomunikasi menjadikan projek perintis ini sebagai platform terbaik dalam menyampaikan dasar Kerajaan kepada rakyat khususnya mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Pusat Internet merupakan barisan hadapan yang dilatih dan paling dekat dengan masyarakat tempatan di kawasan luar bandar yang melibatkan ushawan-usahawan, pusat latihan dan sekolah-sekolah terpilih dengan harapan usaha ini dapat membantu memperkasakan komuniti digital di luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: