Bengkel Shopee (Sesi Disember)
5 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Disember yang lalu, Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir telahpun menganjurkan Bengkel Shopee dan mendapat sambutan daripada komuniti setempat. Bengkel ini diadakan dengan mengikut SOP yang ditetapkan dalam sekala yang kecil. Majoriti peserta yang mengikuti kursus ini mempunyai produk untuk dijual. Oleh itu, dengan menyertai bengkel ini mereka dapat belajar cara memasarkan produk di dalam platform online shopping iaitu Shopee.
Bengkel ini memberi pengenalan tentang cara peggunaan aplikasi Shopee bermula dengan cara pembukaan akaun, pendaftaran dan cara untuk memuatnaik produk yang ingin dijual. Selain itu, cara pembungkusan dan mengepos produk juga diberi tunjuk ajar mengikut courier terpilih seperti Pos Laju atau J&T bagi kemudahan proses penghantaran mengikut spesifikasi yang betul.
Dengan adanya bengkel ini, komuniti dapat belajar secara bersemuka dengan menggunakan aplikasi Shopee. Kesimpulannya, program seperti ini, amat menggalakkan komuniti setempat untuk menyertai program yang bermanfaat terutamanya berkaitan platform terkini yang berguna dalam kerjaya sebagai usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: