Bengkel Bunga Pudak
2 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 1 Februari yang lalu, Pusat Internet Gunung Hilir telah menganjurkan Bengkel Bunga Pudak bersama komuniti setempat yang terdiri daripada usahawan wanita. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran membuat kuih tradisional yang kurang diwarisi oleh golongan muda. Program ini menggalakkan komuniti untuk belajar kemahiran kendiri dan berpeluang menjadi usahawan dalam menjana ekonomi.
Bengkel pada kali ini memberi pengenalan tentang asal usul kuih tradisional negeri Kedah iaitu kiuh Bunga Pudak dan cara penyediaannya. Sinonim dengan kuih tradisional yang lain seperti kuih karas dan kuih kapit, walaupun nampak mudah tetapi ia memerlukan ketelitian dan kecekapan dalam menyediakan kuih tradisional yang sedap dan kemas seperti kuih bunga pudak itu sendiri.
Dengan adanya bengkel ini, komuniti dapat belajar secara praktikal untuk membuat kuih bunga pudak untuk dipasarkan. Kesimpulannya, program seperti ini sangat menggalakkan komuniti setempat untuk menyertai program yang bermanfaat terutamanya ilmu kemahiran yang berguna dalam kerjaya sebagai usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: