Bengkel Shopee
9 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Gunung Hilir dengan kerjasama Pusat Internet Napoh dan Jerlun, telah menganjurkan Bengkel Shopee kursus kepada komuniti yang ingin memasarkan produk didalam platform Shopee. Bengkel ini memberi pengenalan tentang cara peggunaan aplikasi Shopee bermula dengan cara pembukaan akaun, pendaftaran dan cara untuk memuatnaik produk yang ingin dijual. Selain itu, cara pembungkusan dan mengepos produk juga diberi tunjuk ajar mengikut courier terpilih seperti pos laju bagi kemudahan proses penghantaran mengikut spesifikasi yang betul.
Dengan adanya bengkel ini, komuniti dapat belajar secara bersemuka dengan pihak pengajar yang berpengalaman menggunakan aplikasi Shopee. Kesimpulannya, program seperti ini, menggalakkan komuniti setempat untuk menyertai program yang bermanfaat terutamanya berkaitan platform terkini yang berguna dalam kerjaya sebagai usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: