Kelas ICT Norma Baru
26 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ICT dengan norma baru kini diteruskan selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada bulan 10 Jun 2020. Pusat Internet Gunung Hilir meneruskan aktiviti kelas ICT bersama pelajar sekolah rendah berumur 10 tahun hingga 12 tahun bagi membimbing pelajar mahir dalam ICT mengikut SOP yang dibenarkan.
Kelas diteruskan memandang para pelajar masih belum mengikuti sesi persekolahan dan mereka dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Para belajar telah diberi pendedahan awal tentang asas komputer dan cara penggunaan perisian Microsoft Office 2013 bagi kemudahan mereka untuk melakukan tugasan sekolah kelak. Pelajar juga belajar menggunakan perisian Movie Maker untuk membuat video menggunakan gambar dan template yang tersedia sebagai kemahiran tambahan. Program ICT ini juga dapat membantu pelajar yang tercicir dan tiada komputer serta internet dirumah bagi kemudahan di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: