Bengkel Shopee
23 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos yang lalu, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Bengkel Shopee kepada komuniti setempat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia diadakan dengan kerjasama antara Pusat Internet Gunung Hilir dan Pusat Internet Napoh. Majoriti peserta yang mengikuti kursus ini telah pun mempunyai produk mereka tersendiri. Oleh itu, dengan menyertai bengkel ini mereka dapat belajar cara memasarkan produk secara e-dagang melalui platform Shopee.
Bengkel ini memberi pengenalan tentang cara penggunaan platform Shopee bermula dengan cara pembukaan akaun, pendaftaran dan cara untuk memuatnaik produk yang ingin dijual. Selain itu, cara pembungkusan dan mengepos produk juga diberi tunjuk ajar mengikut courier terpilih seperti Pos Laju dan J&T bagi kemudahan proses penghantaran mengikut spesifikasi yang betul.
Dengan adanya bengkel ini, komuniti dapat belajar secara bersemuka dengan tenaga pengajar yang berpengalaman menggunakan platform Shopee. Program ini, menggalakkan komuniti setempat untuk menyertai program keusahawanan dalam meningkatkan pendapatan selaras dengan saranan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi sejagat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: