Misi Jelajah Digital Maxis eKelas
2 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 1 Oktober 2021, seorang pelajar iaitu Muhammad Bin Abdullah berumur 15 tahun telah menyertai Misi Jelajah Digital yang dianjurkan oleh pihak Maxis eKelas. Misi tersebut juga melibatkan permainan yang dipanggil Roblox. Peserta perlu menyelesaikan misi tersebut dengan memahami setiap modul yang telah di muat naik dalam portal Maxis eKelas.
Setiap minggu, Muhammad akan hadir ke Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir untuk menghadiri sesi eKelas secara online dan melayari portal Maxis eKelas bagi menyelesaikan misi tersebut.
Misi Jelajah Digital ini, dapat memberi pendedahan dan membuka peluang kepada peserta untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru. Dalam masa yang sama, peranan Pusat Internet Komuniti juga amat penting dalam membantu peserta untuk menyelesaikan misi tersebut dengan berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: