Program Pemerkasaan dan Kelestarian Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kedah
9 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniMCMC negeri Kedah telah menganjurkan Program Pemerkasaan dan Kelestarian Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang akan melibatkan Pengurus PEDi seluruh negeri Kedah. Program ini menjadi titik sentuh penting untuk :
i) Menyelaraskan pengetahuan petugas tentang hala tuju inisiatif terbaru MCMC
ii) Memberi latihan kemahiran dan pendedahan yang perlu untuk pelaksanaan inisiatif yang dirancang
iii) Mendengar maklumbalas tentang cabaran dan cadangan penambahbaikan aktiviti dan fungsi sedia ada.
Program ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 6 - 8 Disember 2021
Lokasi : Aseania Resort Langkawi
Perincian Program Pemerkasaan Dan Kelestarian Pusat Internet Kluster Negeri Kedah seperti berikut :
Isnin: 6 Disember 2021, Pendaftaran peserta, daftar masuk hotel dan ucapan Pembukaan oleh Encik Mazlan Bin Othman Pengarah MCMC Negeri Kedah. Diikuti dengan Sesi 1: Tuan Haji Mohd Fadhillah Mohd NorKetua Jabatan Perancangan & Koordinasi dengan topik MCMC dan pembangunan ekonomi digital melibatkan Peranan dan Fungsi MCMC dan Program Jendela/PUPUK/Pakej/Transformasi Negeri. Sesi 2: Perasmian oleh YB Wan Romani Wan Salin Exco Komunikasi Negeri Kedah (Aspirasi Digital Kerajaan Negeri Kedah).
Selasa : 7 Disember 2021,berlangsung Sesi 3 bersama Ms. Jacinta Felix (Ketua Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Komuniti ) tentang Transformasi Pusat Internet dan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) . Sesi 4: Puan Noor Hashimah Binti Sabdin Bekas Pengurus PEDi Kota Kuala Muda Usahawan tentang kisah kejayaan. Diikuti dengan Cik Nor Ain Ahmad Usahawan PIK IOCC tentang Perkongsian pengalaman sebagai seorang usahawan. Kemudian sesi Perbincangan kumpulan Analisa SWOT Kluster berdasarkan Sesi 1 – Sesi 4 Deraf program pendigitalan di setiap kluster.
Sesi 5: Pos Malaysia Berhad bersama Muhammad Firdaus bin Hj Abd Nasir, Pengurus Jualan Negeri Kedah/Perlis, Jalan Stadium tentang Perkongsian Produk & Perkhidmatan Pos Malaysia. Sesi 6: MDEC Muhammad Fuad Bin Roslizan dan Ahmad Faisal Bin Mohamad Khaliludin perkongsian tentang Ekosistem Ekonomi Digital Malaysia.
Sesi 7: Amanah Ikhtiar perkongsian Produk dan perkhidmatan Amanah Ikhtiar, Sesi 8: Bank Negara Malaysia Encik Muhamad Izzat Suliman Pengurus Jabatan Dasar Perkhidmatan Pembayaran slot Sistem pembayaran tanpa tunai untuk PMKS.
Sesi 9: Suruhanjaya Syarikat Malaysia oleh Mohd Fadzly bin Ismail (Eksekutif Gred 5) slot Pendaftaran dan pembaharuan daftar perniagaan. Rabu : 8 Disember 2021 sesi terakhir iaitu Pembentangan 11 Kluster oleh Pengurus dan Penolong Pengurus serta majlis penutup dan bergambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: