Temuramah Kajian MCMC 2021
23 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) akan menjalankan beberapa kajian bagi tujuan pengumpulan data berkaitan akses dan penggunaan telefon bimbit, e-dagang, kualiti pengalaman jalur lebar dan kadar kepuasan pengguna. Antaranya adalah melibatkan Kajian Pengguna Telefon Bimbit, Kajian Pengguna e-Dagang, Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar, Kajian Kepuasan Pengguna – Perkhidmatan Jalur Lebar dan Selular Mudah Alih; dan Kajian Kepuasan Pengguna – Perkhidmatan Kurier.
Kajian ini yang bermula dari 22 April 2021 sehingga 31 Mei 2021 tertakluk anjakan atau tempoh responden semasa. Pungutan data akan dijalankan dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari, kecuali hari kelepasan am negara dan negeri. Kajian ini akan dijalankan melalui sistem kajian dalam talian selamat MCMC dan melalui sesi temu ramah bersemuka yang dikendalikan oleh wakil daripada Pusat Internet Komuniti (PIK). Setiap responden adalah dipilih secara rawak untuk menyertai soal selidik ini.
Adalah dimaklumkan bahawa tujuan kajian ini adalah untuk pengumpulan data sahaja. Tiada sebarang data peribadi seperti nama penuh atau maklumat bank akan dikutip.
Selain itu, tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan. Penyertaan bagi kajian ini adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, kerjasama daripada responden adalah sangat dihargai. Sebarang penamatan atau pelanjutan tempoh kajian akan diumumkan dengan sewajarnya melalui laman sesawang MCMC: www.mcmc.gov.my
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: