Kursus Sales & Marketing Yes Academy
30 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 November 2021 hingga 3 December 2021 masa 9.00 pagi hingga 5.00 petang seramai 173 usahawan dan petugas dari setiap PEDi terlibat dengan program Kursus Sales & Marketing Fundamentals & Strategy Course Creating a Self-Employer, anjuran Yes Academy secara webinar. Kursus ini berlangsung selama 5 hari dan setiap peserta dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan di wakili seorang trainer yang telah ditetapkan oleh urus setia. Pelbagai modul yang berkaitan dan bermanfaat seperti berikut.
Agenda program yang berlangsung sepanjang 5 hari berkursus :-
1. Introduction to Sales & Marketing
2. Customer Relationship
3. Company & Marketing Strategy
4. Marketing Environment
5. Marketing Information
6. Buyer Behaviour
7. Market Segmentation
8. Product/Service/Branding
9. Creativity & Innovation
10. 4P’S Of Marketing
11. Communications Strategy
12. Advertising
13. Competitive Advantage
14. Digital Entrepreneurship
15. Cash Flow Statement
16. Case Study (Grouping)
Tujuan kursus daripada Yes Academy adalah memberi pendedahan tentang bagaimana cara untuk memahami selok belok perniagaan, memajukan perniagaan dan menjana pendapatan yang diusahakan oleh para usahawan PEDi. Petugas daripada PEDi juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat membimbing usahawan sekitar bagi sesuatu perniagaan dengan lebih berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: