Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)
2 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mac 2021 hingga 1 April 2021, telah berlangsung Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) oleh Penyelia KAFA Mohd Saiful Amar Bin Hashim. Seramai 71 orang guru KAFA Daerah Kota Setar telah melibatkan diri dalam bengkel SIMPENI ini. Sebanyak 8 sesi telah dijalankan dan setiap sesi melibatkan 10 orang guru KAFA mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bengkel SIMPENI ini bertujuan untuk memberikan kursus dan penerangan bagi menggunakan portal secara atas talian supaya para guru KAFA dapat mengisi data maklumat murid dengan cara yang betul. Kursus ini diterajui oleh penyelia KAFA Kota Setar dengan memberikan garis panduan mengenai kursus sepanjang sesi yang dijalankan dan dibantu oleh staf Pusat Internet Komuniti. Pada masa yang sama kursus ini juga telah mendapat lawatan daripada Pegawai Agama Daerah Kota Setar iaitu Tuan Syeikh Ahmad Faisol Bin Haji Omar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: