Taklimat MyFutureJobs dan Insentif SIP (PERKESO)
8 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 Ogos 2022, Ahad telah berlangsungnya program Kluster Kota Setar bersama pihak PERKESO Kedah. Tujuannya adalah melibatkan perbincangan bersama dalam usaha untuk memberikan manfaat kepada pencari kerja terutamanya komuniti yang menggunakan kemudahan di PEDi.
Antara taklimat yang diberi adalah berkaitan tatacara mendaftar portal myfuturejobs dan penerangan mengenai SIP Elaun Mencari Pekerjaan + (EMP+) untuk bukan pencarum PERKESO. Kadar bayaran adalah seperti elaun mencari pekerjaan dan elaun persediaan bekerja bagi satu tempoh yang telah ditetapkan. Permohonan ini dibuka sehingga 31 Disember 2022. Kepada sesiapa yang sedang mencari peluang pekerjaan, anda boleh melakukan tuntutan ini melalui aplikasi PERKESO Prihatin yang boleh dimuat turun di Appstore dan Google Play.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: