Kelas Asas ICT
8 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniSempena cuti penggal persekolahan yang lepas, seramai tiga orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai kelas asas ICT (Ms Word) yang bertempat di PEDi Gunung Hilir. Kelas asas ICT yang berlangsung selama tiga hari ini telah memberi kesan positif kepada peserta-peserta di mana dapat membantu mereka untuk menggunakan ICT di dalam kehidupan seharian mereka.
Pengajar juga telah memberi tunjuk ajar dan menerangkan tentang fungsi-fungsi tools yang terdapat di dalam MS Word supaya peserta-peserta dapat memahami secara terperinci. Para peserta dilihat dapat mempelajari MS Word dengan cepat dan mengaplikasikan segala pembelajaran yang di ajar oleh pengajar ketika kelas berlangsung. Secara amnya, kelas MS Word pada kali ini lebih memfokuskan kepada cara untuk menaip ayat dengan lebih cepat dan kemas dengan menggunakan papan kekunci. Diharapkan para peserta dapat menjadi lebih kreatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran baharu ini di dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: