PUPUK@Shopee 2022
26 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2022, MCMC dengan kerjasama daripada pihak Shopee telah menganjurkan Webinar PUPUK@Shopee 2022 kursusnya kepada para petugas PEDi dan Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital . Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara untuk mempromosikan perniagaan di dalam platform Shopee secara meluas. Kelas ini berlangsung secara dua sesi dengan menggunakan pautan webinar Shopee yang bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Webinar ini disampaikan oleh tenaga pengajar dari pihak Shopee dan juga Shopee Expert Ira Aziz.
Antara pengisian yang dilakukan adalah memberi tunjuk ajar cara untuk mendaftar akaun penjual dan menyediakan profil kedai di dalam platform Shopee, memuat naik gambar-gambar produk, mempromosikan kedai melalui pusat pemasaran dan melengkapkan pesanan pelanggan yang pertama.
Dengan adanya webinar seperti ini, ia dapat membantu para petugas PEDi dan Rakan Digital untuk memantapkan ilmu perniagaan di dalam platform Shopee untuk mempromosikan produk disamping dapat memberi tunjuk ajar kepada para usahawan dibawah seliaan PEDi seluruh Malaysia. Platform Shopee ini juga adalah salah satu platform di mana bisnes e-dagang yang terbesar di Malaysia. Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan pendapatan terutamanya ketika rakyat sedang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: