Siri Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC di PEDi
20 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2022, Khamis telah berlangsung Siri Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC di PEDi secara webinar melibatkan penyelia PEDi secara terbuka. Ia merupakan program wajib kepada penyelia PEDi dan Rakan Digital bagi memberi pendedahan halatuju program MDEC kursus kepada golongan usahawan. Banyak organisasi yang akan turut serta dalam mengajurkan program ini dan mendapat kerjasama daripada pihak MDEC.
Objektif program ini adalah untuk menyalurkan maklumat secara digital atau teknologi, menyalurkan peralatan, meningkatkan mata pencarian dan membantu untuk meluaskan perniagaan golongan usahawan yang bakal dilatih. Pada fasa kali ini, pihak MDEC mensasarkan 30 buah PEDi yang aktif dan 5,000 peserta usahawan dan PKS yang perlu dilatih dalam program keusahawan digital. Penggunaan platform seperti eusahawan dan PEDAS, GLOW dan GO-ecommerce yang turut serta dalam membantu usahawan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: