Chef Cilik (Ramen Roll)
12 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 11 November 2023, Sabtu petugas PEDi Gunung Hilir telah mengadakan aktiviti santai bersama pelajar sekolah iaitu kemahiran penyediaan makanan. Chef Cilik diberi gelaran kerana pelajar yang menyertai adalah pelajar sekolah rendah dengan tema kelas makanan iaitu “Ramen Roll”. Mereka diberikan taklimat mengenai perkara asas iaitu kebersihan diri sebelum penyediaan makanan termasuk mencuci tangan dan keadaan kuku yang bersih.
Pelajar diberi taklimat tatacara penyediaan makanan dengan bahan-bahan yang tersedia bagi menambah kemahiran mereka “soft skill” dan kreativiti dalam asas masakan. Bahan yang diperlukan adalah mee segera, “paper rice”, sosej dan juga isi ketam. Pelajar kemudian dikehendaki untuk menggulung dan menghias mengikut kreativiti sebelum menjamu selera. Mereka sangat seronok menyertai kelas masakan kerana dapat bersama-sama rakan dan menjalinkan hubungan erat antara satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: