Kelas Literasi Komputer
18 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniSempena cuti akhir persekolahan sesi 2022/2023, seramai sembilan orang pelajar sekolah menengah telah menyertai Kelas Literasi Komputer Modul Microsoft Word & Powerpoint yang bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gunung Hilir. Kelas Literasi Komputer yang berlangsung selama lima hari ini telah memberi kesan positif kepada peserta-peserta di mana ia dapat membantu mereka untuk menggunakan ICT di dalam kehidupan seharian mereka terutamanya dalam proses pembelajaran.
Petugas telah memberi tunjuk ajar dan menerangkan tentang fungsi-fungsi tools yang terdapat di dalam MS Word supaya peserta-peserta dapat memahami secara terperinci. Para peserta dilihat dapat mempelajari MS Word dengan cepat dan mengaplikasikan segala pembelajaran yang di ajar oleh pengajar ketika kelas berlangsung. Secara amnya, kelas MS Word pada kali ini lebih memfokuskan kepada cara untuk typing, copy & paste gambar, cara screenshot peta, carian internet dan cara penyimpanan bahan di dalam pendrive.
Selain itu, modul Powerpoint juga turut diberi tunjuk ajar kepada para peserta bagi memudahkan mereka untuk membuat pembentangan dengan tatacara penggunaan tools dan template yang sedia ada.
Diharapkan para peserta dapat menjadi lebih kreatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran baharu ini dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru selaras dengan perkembangan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: