Ekperimen Pengembangan Belon
18 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2023, Sabtu petugas PEDi Gunung Hilir telah mengadakan aktiviti bersama pelajar sekolah berkaitan modul STEM iOT iaitu ekperimen Pengembangan Belon. Pelajar membuat experimen berkaitan pengembangan belon tanpa perlu ditiup menggunakan campuran bahan utama seperti soda bikarbonat dan cuka. Bahan lain termasuk belon dan juga botol plastik.
Tujuan eksperimen ini adalah untuk mengenalpasti bahan kimia dari bahan yang digunakan oleh mereka boleh menghasilkan udara /gas karbon dioksida. Aktiviti ini dapat mewujudkan kerjasama antara para pelajar dan membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: