Bengkel TikTok Shop & Affiliate Bersama KEMAS Negeri Kedah
21 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2023, Selasa Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Kedah (KEMAS) dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah kluster Kota Setar telah mengadakan Bengkel TikTok Shop & Affiliate kepada usahawan tempatan. Bengkel yang bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang telah dihadiri oleh tiga puluh orang peserta bertempat di PEDi RP Seberang Terus. Sesi dimulakan dengan pengenalan platform TikTok Shop dan modul yang akan dipelajari dalam tempoh 1 hari. Sebagai permulaan, para peserta perlu membuat pendaftaran di aplikasi TikTok Seller secara individu atau syarikat bagi menjual produk di platform TikTok.
Usahawan kemudian diajar untuk mengisi kesemua maklumat akaun bagi memudahkan proses pendaftaran. Cara memuatnaik produk dan butiran produk di TikTok Shop juga dikongsikan menerusi paparan skrin. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk membuat Live dan mempraktikkan secara langsung supaya mudah difahami. Para usahawan juga diajar untuk berinteraksi bersama pengikut untuk memperkenalkan produk meraka. Sesi akhir adalah cara untuk membuat affiliate bagi produk lain sebagai kemahiran tambahan. Sesi mengambil gambar produk turut diselitkan supaya para peserta dapat mempelajari cara mengambil gambar produk dengan teknik yang betul dan mendapat imej yang berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: