Program Pembukaan Akaun CIMB Bank Bersama Usahawan
22 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 September 2023, Khamis pihak CIMB Bank dari cawangan Alor Setar dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gunung Hilir telah mengadakan Program Pembukaan Akaun CIMB Bank kepada usahawan tempatan. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Program ini merupakan alternatif daripada pihak CIMB Bank untuk menjadikan kaunter CIMB sebagai Bank bergerak. Ia bertujuan untuk memberikan perkhidmatan perbankan kepada komuniti di sekitar Gunung Hilir secara mudah tanpa perlu menghadirkan diri ke pusat cawangan CIMB. Usahawan yang bekerja sendiri dan tiada majikan dapat membuka akaun tanpa perlu surat dengan melepasi syarat-syarat yang ditentukan.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pembukaan akaun baharu kepada pengguna yang berumur 18 tahun keatas bersama deposit RM20.00. Seterusnya pengguna yang membuat pendaftaran diajar secara terus tentang cara menggunakan aplikasi perbankan di atas talian (online banking) untuk kemudahan para pengguna. Di samping itu, individu yang membuka akaun simpanan hanya perlu membawa kad pengenalan diri (IC) dan telefon pintar sahaja. Pelbagai khidmat nasihat turut diberikan oleh pekerja CIMB Bank kepada semua komuniti yang hadir pada hari tersebut. Program Pembukaan Akaun CIMB Bank ini telah memberi impak yang positif kepada komuniti Gunung Hilir dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: