Program Pembangunan Sosial (Komputer) Canva
21 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2023, Khamis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kuala Kedah dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gunung Hilir telah mengadakan Program Pembangunan Sosial (Komputer) iaitu Canva kepada usahawan tempatan. Bengkel yang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang telah dihadiri oleh 40 orang peserta. Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian rohani oleh Ustazah Maznah Binti Mahamad yang bertajuk Keluarga Bahagia khas kepada para ibu bapa yang menyertai program pada hari tersebut.
Kemudian, sesi diteruskan dengan bengkel Canva yang dibimbing oleh Pn Che Suriani Binti Ibrahim yang merupakan tenaga pengajar Literasi Komputer KEMAS Parlimen Kuala Kedah. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan berkaitan dengan penghasilan poster, logo syarikat dan produk menggunakan aplikasi Canva. Dengan Canva ini, peserta boleh memilih templet-templet yang telah disediakan seperti logo, poster, infografik dan photo collage yang boleh disunting untuk digunapakai dalam perniagaan. Sepanjang bengkel ini, tenaga pengajar dan penyelia PEDi membimbing peserta tentang tatacara penghasilan poster digital.
Mereka boleh memilih layout poster digital yang telah disediakan dengan menambah beberapa element seperti teks, gambar dan juga boleh menukar warna latar belakang. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan poster digital mengikut kreativiti produk perniagaan masing-masing. Program Pembangunan Sosial (Komputer) Canva ini berakhir dengan majlis penutup dan penyampaian cenderahati kepada para peserta oleh Pn Misbah Binti Yaakob yang merupakan Penyelia KEMAS Parlimen Kuala Kedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: