Kursus Latihan Pengendali Makanan (Bulan Mei)
20 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2023, telah berlangsung Kursus Latihan Pengendali Makanan dengan kerjasama NZ Bunga Venture bersama Pusat Ekonomi Digital –PEDi Gunung Hilir secara atas talian. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar Puan Nadia kepada peserta PEDi dan juga peserta luar secara webinar bagi memudahkan mereka untuk mengambil kursus wajib beserta sijil sebelum bekerja atau mengendali makanan. Kursus ini adalah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengendali makanan boleh didenda maksimum RM10,000 atau 2 tahun penjara jika disabit kesalahan tiada sijil pengendali makanan yang sah.
Antara pengendali makanan adalah seperti kilang makanan, pusat jagaan atau tadika, restoran atau kedai makan, bakeri, kantin sekolah atau asrama, resort atau hotel, proses makanan dari rumah atau perniagaan makanan online, katering, penjaja makanan dan minuman, warga asing yang menjual makanan atau terlibat dengan makanan orang awam. Sijil adalah sah seumur hidup tanpa tarikh luput dan yuran dikenakan. Kursus kali ini memberi kemudahan kepada pengendali makanan untuk mendapatkan sijil dan mengelakkan daripada di denda. Komuniti juga diberi beberapa ujian kefahaman bagi menilai prestasi peserta dan sesi soal jawab sekaligus dapat memperoleh sijil yang sah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: