Program Kluster Kota Setar Mydigitalmaker Fair Maireka Kolaborasi Bersama Kedah Digital Centre (KDC)
18 September 2023 | Aktiviti TerkiniBermula 17 September hingga 20 September 2023, bersempena program tahunan Kedah Digital Centre (KDC), Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kluster Kota Setar antara agensi di bawah MCMC telah berkolaborasi bersama-sama agensi lain seperti Husainy Group, Universiti Utara Malaysia (UUM), Pusat Sains Negara Wilayah Utara (PSNCWU), Polimas, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kedah Digital Library (KDL) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi menjayakan program tersebut di sekolah-sekolah yang terpilih.
Pusat Ekonomi Digital - PEDi Kluster Kota Setar telah mengambil bahagian dalam beberapa program seperti Asas Drone, Microbit dan juga Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) bagi sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut jadual dan slot yang diberi sepanjang sesi berlangsung. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Aman Height 1, Jitra, SRITI Darul Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung, Pendang dan Sekolah Kebangsaan Alor Janggus.
Kelebihan program ini dapat mempromosikan perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital -PEDi kepada komuniti setempat dan kepada pihak sekolah tentang program yang dijalankan di PEDi disamping dapat memberi penerangan berkaitan kelas ICT dan perkhidmatan kaunter. Program kolaborasi ini juga, memberi peluang kepada pihak PEDi untuk bekerjasama antara agensi dan berkongsi halatuju bagi mencapai matlamat dalam menjayakan STEM iOT dalam kalangan pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: