Kajian Keperluan Pengguna & Penilaian Impak Pusat Ekonomi Digital
25 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2023, Isnin Merdeka Center (MC) yang dilantik oleh MCMC akan menjalankan penyelidikan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Sebanyak 316 PEDi, dipilih oleh Merdeka Center sebagai persampelan penyelidikan mereka dan PEDi Gunung Hilir adalah salah satu telecenter yang terlibat. PEDi yang tersenarai akan mengambil bahagian dengan pusat tinjauan untuk mereka menjalankan kajian tinjauan dan impak di PEDi yang melibatkan kakitangan PEDi dan komuniti setempat.
Kajian ini akan dijalankan selama 3 bulan bermula dari Julai 2023 mengikut negeri secara serentak di seluruh Malaysia. Petugas PEDi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua komuniti yang sudi meluangkan masa untuk sesi berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: