STEM IoT Sistem Suria
5 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 4 Februari 2024, Ahad staf PEDi Kg Gunung Hilir telah mengadakan aktiviti bersama pelajar sekolah berkaitan modul STEM IoT iaitu Sistem Suria. Para pelajar telah diberikan penerangan mengenai sistem suria yang terdiri daripada matahari, planet, satelit semulajadi, asteroid, meteoroid dan komet oleh staf PEDi. Kemudian para pelajar berpeluang untuk menjawab soalan gambar rajah berlabel mengenai sistem suria melalui aplikasi Wordwall.
Melalui tayangan video ini, para pelajar dapat memahami kitaran sistem suria dengan lebih jelas di samping dapat mengetahui tentang matahari, planet, satelit semulajadi, asteroid, meteoroid dan komet dalam sistem suria. Aktiviti ini dapat mewujudkan semangat cintakan subjek sains dan menghargai kedudukan bumi dalam sistem suria.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: