Sexual Harassment at the Workplace (Staff Training Sprintz Designs)
23 April 2024 | Aktiviti TerkiniPenyelia NADI Sprintz Designs (Maxis) telah wajibkan untuk memenuhi latihan tahunan yang perlu dipatuhi selama 20 jam mengikut jadual bulanan yang diberikan. Modul yang disertai adalah tentang “Sexual Harassment at the Workplace” oleh tenaga pengajar Cantiynia Anak Ringos. Slot secara webinar selama 2 jam diikuti dengan kuiz pada akhir sesi.
Banyak info yang telah dipelajari termasuk definisi gangguan seksual yang tidak mengira jantina yang boleh berlaku ditempat kerja atau luar. Ia termasuklah gangguan melalui lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. Penting untuk mangsa tahu bahawa gangguan seksual menyebabkan mangsa berasa tidak selesa, takut atau terancam dengan tingkah laku pelaku.
Penyelia NADI juga mendapat pendedahan boleh mengambil tindakan dan dibolehkan membuat laporan sekiranya berlaku dan menjadi mangsa kepada majikan atau laporan polis.
Program ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada pekerja dengan keadaan suasana tempat kerja yang selamat dan boleh bertindak mengikut akta yang telah ditetapkan sebagai hak pekerja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: